Tuesday, October 22, 2013

MAJLIS SUAI KENAL DAN PENUBUHAN PERSATUAN PENDUDUK


SEMUA PENDUDUK
TAMAN IDAMAN BAYU 1
BANDAR SRI SENDAYAN

Tuan/Puan,

MAJLIS SUAI KENAL DAN PENUBUHAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IDAMAN BAYU 1 BANDAR SRI SENDAYAN

Saya dengan hormatnya diarah menarik perhatian tuan/puan kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Suai Kenal dan Penubuhan Persatuan Penduduk Taman Idaman Bayu 1 Bandar Sri Sendayan akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :-

Tarikh : 27 Oktober 2013 (Ahad)
Masa : 9.00 – 11.00 pagi
Tempat : Tempat Letak Kenderaan
Lorong 1/4 Idaman Bayu 1
Atucara : Seperti di Lampiran B

3. Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir ke majlis tersebut. Bersama-sama ini juga disertakan Borang Tinjauan Pendapat dilampiran C bagi tujuan penubuhan ”Security Guard” di taman ini. Kerjasama dipohon untuk dikembalikan borang tersebut sebelum atau pada 27 Oktober 2013 (Ahad) ke alamat No. 9 Jalan 1/1 atau bawa semasa majlis tersebut.

4. Kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sebarang pertanyaan sila hubungi 013-208 2275 (Izuddin) atau 013-274 5448 (Roslizam).

Sekian, terima kasih.

”Komuniti Bersatu, Negara Maju”
Saya yang menurut perintah,


( MUHAMMAD IZUDDIN BIN GHAZALI )
Setiausaha Sementara
b.p. Pengerusi Sementara
Persatuan Penduduk
Taman Idaman Bayu 1

LAMPIRAN B

Aturcara Majlis
9.00 pagi : Ketibaan dan pendaftaran penduduk
9.15 pagi : Bacaan Doa
9.20 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Sementara
Encik Roslizam Bin Paim

: Penubuhan Persatuan Penduduk
Taman Idaman Bayu 1 Bandar Sri Sendayan

: Hal-Hal Berbangkit
11.00 pagi : Bersurai

LAMPIRAN C

Borang Tinjauan Pendapat Perlaksanaan ”Security Guard”

Saya ........................................................................... (nama pemilik ) mewakili rumah bernombor ..........................Idaman Bayu bersetuju / tidak bersetuju* dengan penubuhan dan perlaksanaan Security Guard di taman ini. Saya mencadangkan agar:
1. ................................................................................................
2. ................................................................................................
3. ................................................................................................

Sekian,

Yang benar,

........................................................
( )

*potong yang tidak berkenaan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks