Monday, December 9, 2013
Sabar Menghadapi Musibah
Alhamdulillah, warga idaman bayu masih lagi dapat hidup dengan penuh ceria dan bahagia, berbeza dengan nasib sahabat-sahabat kita khususnya di pantai timur malaysia yang menerima dugaan banjir yang hebat dan dunia amnya yang dilanda persengketaan, penindasan, peperangan, kebuluran, bencana alam dan sebagainya.
Perlu difikirkan sejenak, mengapa ianya terjadi dan apa kaitannya dengan kita?
Dengan adanya musibahlah dapat menyedarkan manusia daripada terus lalai dalam mentaati Allah dan kembali kepada fitrah...
Sunday, November 10, 2013
Syukur 1435H
Salam kepada semua...
Setinggi-tinggi ucapan syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang kita kecapi selama ini.. tetapi sedikit persoalan: nikmat itu yang bagaimana? Apakah tafsiran sebenar perkataan nikmat itu..?
Ramai yang mentafsir nikmat itu harta yang banyak, rumah besar, kenderaan besar, duit nota besar, senang nak ber'shopping' apa sahaja yg diingini, boleh membantu orang lain (itu sebelum dapat, sudah dapat dunia ini ana yang ampunya...)
Ada yang rasa nikmat itu anak yang ramai, alangkah ceria dan meriahnya hidup ini...
Ada yang fikirkan nikmat itu pasangan (suami/isteri) yang hensem/ cantik menawan, siapa memandang pasti menjuling matanya...
Ada yang berhujah nikmat itu kerjaya yang hebat, gaji lebat dan dipandang tinggi masyarakat...
Apapun semunya yang disebutkan tadi hanyalah sebahagian kecil nikmat yang Allah pinjamkan...
Yang pastinya, selagi kita masih hidup di muka bumi Allah ini, Allah telah menetapkan rezeki nikmat kita masing-masing, dari mula kita celik mata sehingga kita menutup mata (begitulah rutin harian kita), itu semua adalah nikmat.. kesempatan bernafas menghirup udara yang segar, dengan hati yang lapang dan tenang, tempat tinggal yang selesa, kejiranan yang toleransi dan ambil peduli, kesihatan yang baik, keamanan negara membolehkan kita bebas ke mana sahaja, itu adalah antara sebahagiannya. Dan sekiranya kita ingin menghitung nikmat yang Allah berikan itu pasti sepastinya tidak terhitung banyaknya..
Oleh itu bersyukurlah dengan segala nikmat ini.. sepatutnya dengan nikmat-nikmat tersebut lebih mendekatkan kita kepada Maha Pencipta, taat melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang...
Alhamdulillah, syukur 1435H.

Tuesday, November 5, 2013
Friday, November 1, 2013
Sunday, October 27, 2013
Tuesday, October 22, 2013
MAJLIS SUAI KENAL DAN PENUBUHAN PERSATUAN PENDUDUK
SEMUA PENDUDUK
TAMAN IDAMAN BAYU 1
BANDAR SRI SENDAYAN
Tuan/Puan,
MAJLIS SUAI KENAL DAN PENUBUHAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IDAMAN BAYU 1 BANDAR SRI SENDAYAN
Saya dengan hormatnya diarah menarik perhatian tuan/puan kepada perkara tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Suai Kenal dan Penubuhan
Persatuan Penduduk Taman Idaman Bayu 1 Bandar Sri Sendayan akan
diadakan pada ketetapan seperti berikut :-
Sunday, October 13, 2013
Selamat Hari Raya Aidiladha
Selamat hari raya Aidiladha kepada warga Idaman Bayu. Berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung dan pastikan rumah berkunci. Kepada jiran tetangga yang tidak kemana-mana, ambil sedikit masa untuk meninjau di sekeliling perumahan. Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada sebarang kejadian mencurigakan. Semoga kita bersama dapat hidup dalam keadaan harmoni..aman..sejahtera :)
Friday, October 11, 2013
Aktiviti sukan Badminton
As Salam...
Kali ni saya nak cerita pasal sejarah aktiviti sukan badminton warga taman IB kita...Dengan bermulanya aktiviti sukan badminton ini lama kelamaan ia dapat merapatkan ukhwah sesama jiran - jiran tetangga warga IB...Alhamdulillah ianya sangat positif...
Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan sangat sesuai untuk mengeluarkan peluh untuk yang berumur 3 series macam saya ni...hehe...Pada mulanya cuma beberapa jiran sahaja yang terlibat...Seingat saya dulu cuma 4-5 orang sahaja yang main tetapi sehingga sekarang kita telah ada seramai 35 orang jiran yang aktif bersukan mengeluarkan peluh ini...So kepada jiran - jiran lain yang masih ingin menyertai sukan menyihatkan badan ini boleh lah join kami ye...
Kali ni saya nak cerita pasal sejarah aktiviti sukan badminton warga taman IB kita...Dengan bermulanya aktiviti sukan badminton ini lama kelamaan ia dapat merapatkan ukhwah sesama jiran - jiran tetangga warga IB...Alhamdulillah ianya sangat positif...
| antara gambar bukti pergi main badminton :) |
Subscribe to:
Comments (Atom)