Monday, December 9, 2013
Sabar Menghadapi Musibah
Alhamdulillah, warga idaman bayu masih lagi dapat hidup dengan penuh ceria dan bahagia, berbeza dengan nasib sahabat-sahabat kita khususnya di pantai timur malaysia yang menerima dugaan banjir yang hebat dan dunia amnya yang dilanda persengketaan, penindasan, peperangan, kebuluran, bencana alam dan sebagainya.
Perlu difikirkan sejenak, mengapa ianya terjadi dan apa kaitannya dengan kita?
Dengan adanya musibahlah dapat menyedarkan manusia daripada terus lalai dalam mentaati Allah dan kembali kepada fitrah...
Tafsir Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 155 -157; Firman Allah SWT, Maksudnya : Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (155)
Huraian ayat: Dalam ayat ini Allah SWT menegaskan bahawa orang-orang yang beriman itu pasti akan dikenakan ujian ke atas mereka yang berupa ketakutan terhadap musuh dalam peperangan, mereka akan diuji dengan kelaparan atau kemiskinan yang di sebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu, akan diuji dengan kekurangan harta akibat hilang atau pun musnah, akan diuji dengan kehilangan jiwa orang-orang yang disayangi dan akan diuji dengan kekurangan hasil tanaman seperti buah-buahan disebabkan kemarau yang berpanjangan atau banjir besar yang memusnahkan.
Dengan ujian-ujian yang seperti ini, Allah SWT mahu melihat siapa di kalangan hamba-hambaNya yang memiliki kesabaran. Ciri-ciri orang yang sabar dijelaskan pada ayat yang berikutnya, Maksudnya : (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" (156)
Rasulullah bersabda: "Tiada seorang muslim pun yang ditimpa musibah lalu ia berkata sesuai dengan petunjuk yang diperintahkan oleh Allah, sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali.Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku dan gantilah bagiku dengan yang lebih baik daripadanya, melainkan Allah akan menggantinya dengan yang lebih baik daripada musibahnya itu.." (Riwayat Muslim dalam kitab sahihnya, dan bersumber daripada Ummu Salamah Radhiallahu 'anha).
Sumber:
http://www.jahabersa.com.my/umum/keajaiban-sabar-membongkar-rahsia-hikmah-dan-keutamaan-sabar
http://usthjhishamuddinmansor.blogspot.com/2009/08/sabar-menghadapi-musibah.html?m=1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment