Monday, April 7, 2014
Pengurusan Kewangan Yang Bijak - Amalkan S E B E L A S
S – Simpan untuk diri/keluarga anda dahulu!
Jika dahulu, anda kerap memperuntukkan gaji bulanan untuk membayar bil, hutang, membeli barang dan sebagainya terlebih dahulu, sekarang berikan keutamaan kepada menyimpan wang untuk diri sendiri dahulu (Pay Youself First). Tidak kira dalam jumlah yang kecil atau besar, pastikan anda menyimpan dan melaburkan duit untuk diri (dan keluarga) secara konsisten. Anda boleh bermula dengan RM50 sebulan (lebih banyak lebih bagus), kemudian tambahkan jumlah simpanan anda pada tahun-tahun berikutnya.
E – Elak pembaziran (Economise)
Bezakan antara barang-barang keperluan dan kehendak. Contoh, anda tidak perlu membeli barangan bayi yang berjenama mahal jika jenama yang sederhana atau murah mampu memenuhi keperluan si comel. Tambahan pula, kebanyakan pasar raya besar sekarang menyediakan “house brand” yang berkualiti tinggi pada harga yang amat berpatutan.
B – Bajet
Buat bajet, tulis dan patuhinya! Sesetengah ibu bapa gemar membuat bajet secara kasar atau “dalam kepala” sahaja, terutamanya semasa hendak membeli barang. Ini cara yang tidak berapa tepat. Sebaik-baiknya, tulis apa yang ingin dibelanjakan dan lebih penting lagi, patuhi bajet yang telah dibuat tersebut. Anda perlu berdisiplin dalam berbelanja dan membuat bajet adalah langkah yang sangat penting. Jika tidak membuat bajet, besar kemungkinan anda akan mengalami kesukaran menguruskan kewangan sendiri dan keluarga.
E – Elak emosi semasa membuat keputusan berkaitan kewangan. Perkara ini tidak dapat dinafikan terutamanya apabila anda mempunyai wang lebihan (contohnya mendapat bonus). Macam-macam perkara yang akan terlintas difikiran anda- kereta baru, perabot baru, bercuti dan sebagainya. Sekiranya anda mendapat wang lebih, pastikan anda menyimpan sebahagian daripadanya dan selebihnya digunakan untuk melangsaikan hutang sedia ada. Inilah masa terbaik untuk anda melangsaikan segala hutang kad kredit anda sekaligus. Jangan berlengah lagi dan bayar segala hutang-piutang yang ada. Percaya atau tidak, hidup anda akan menjadi tenang jika anda sudah melangsaikan hutang.
L – Libatkan si kecil
Sering kali, ibu bapa tersalah anggap bahawa anak kecil tidak mampu memahami konsep kewangan. Tanggapan ini tidak tepat kerana sedar atau tidak, biasanya si kecil memang tahu meniru cara dan kelakuan ibu bapa mereka. Oleh itu, libatkanlah anak-anak dalam hal-hal kewangan anda. Salah satu cara mudah yang boleh dilakukan ialah dengan membawa anak-anak ketika menjalankan transaksi kewangan. Contohnya, bawa anak-anak bersama apabila anda pergi ke bank. Dengan cara ini, anda dapat membentuk tabiat menabung dan menyimpan daripada usia muda lagi.
A – Awasi skim pelaburan tidak sah.
Mungkin anda sudah tahu yang melabur adalah cara terbaik untuk mengembangkan wang sedia ada. Melaburlah dengan pihak-pihak yang berlesen dan berwaspada dengan pelbagai skim cepat kaya atau skim pelaburan tidak sah yang terdapat di pasaran. Sekiranya sesuatu syarikat menawarkan untung berlipat kali ganda dan mendakwa tiada risiko yang terlibat jika anda melabur dengan mereka, mungkin itu adalah syarikat yang tidak sah. Pastikan anda memeriksa sama ada sesuatu syarikat itu berlesen ataupun tidak dengan menghubungi pihak berkuasa yang berkenaan. Ingat, dapatkan sebanyak mungkin maklumat sebelum menyerahkan wang titik peluh anda kepada mana-mana pihak.
S - Sediakan dana kecemasan
Dana kecemasan merujuk kepada sejumlah wang yang anda peruntukkan untuk digunakan sekiranya berlaku apa-apa musibah/kemalangan yang tidak diingini. Biasanya, anda dinasihatkan untuk mempunyai dana kecemasan sebanyak tiga hingga enam bulan perbelanjaan bulanan anda. Dengan wujudnya dana kecemasan, anda akan berupaya mengharungi segala masalah berkaitan kewangan dengan tenang dan terkawal. Dana kecemasan yang mencukupi juga akan memastikan cara hidup kita tidak terganggu sewaktu menghadapi masalah kewangan.
-Tamat-
https://m.facebook.com/notes/jabatan-penerangan-malaysia/pengurusan-kewangan-yang-bijak-amalkan-s-e-b-e-l-a-s/10150577524087911

Thursday, March 27, 2014
Keselamatan taman adalah tanggungjawab kita bersama
Alhamdulillah..
Palang keselamatan taman kita telah dipasang...langkah seterusnya pula akn menyusul selepas2 ini..doakan bersama semoga usaha kita berjalan lancar..
Setiap dari kita adalah mata dan telinga kepada jiran kita yang lain..bersamalah kita menjaga keharmonian dan keselamatan taman.. :)
Wednesday, March 26, 2014
Jadual Pengutipan Sampah yang baru di Idaman Bayu..
Salam ceria..
take note ye tentang perubahan jadual pengutipan sampah di taman kita..
Sampah terurus taman ceria hidup bahagia... :)
Sunday, March 23, 2014
Idea Dapur :)
Bagi sesiapa yang mengidamkan keselesaan,
kedamaian, ketenangan semasa memasak di rumah mereka kebanyakkannya
selalu mementingkan keadaan kitchen set mereka atau dalam bahasa
melayunya kabinet dapur. Dalam dunia serba moden ini banyak ciptaan
manusia yang sungguh menakjubkan dihasilkan.
Jika dahulunya kabinet dapur adalah perkara
yang kurang penting bagi sesetengah Orang Melayu tetapi sekarang
pemilihan kabinet dapur ini menjadi sesuatu yang penting terutamanya
kepada pemilik rumah yang suka memasak.
Sunday, March 16, 2014
RESEPI HARI INI: Ayam Masak Kari Pakistan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Syukur pagi ni dan semalam bumi Sendayan di limpahi hujan semula...
So, ladies....apa menu anda hujung minggu ni...? Saya nak kongsi 1 resepi... bukan resepi saya tapi dari seorang yang memang suka bab2 memasak ni... Resepinya adalah Ayam masak kari Pakistan...
Ayam Masak Kari Pakistan
Resipi : Maria Hakem / Amie's Little Kitchen

Tuesday, February 18, 2014
Saturday, January 4, 2014
What Is Your TV Wall Ideas?
Your home sometimes can feel outdated. Rooms go in and out of
fashion very quickly and it is difficult to have every room perfect.
Though when it comes to your bedroom or living room, it’s important to
ensure these areas are perfect.
Thursday, January 2, 2014
"Saya, awak & kita semua hidup berjiran"
Manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap orang saling memerlukan di antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan. Tidak mungkin seorang manusia itu boleh hidup seorang diri tanpa perlu berurusan dengan orang lain.
Memiliki jiran yang baik termasuk salah satu di antara tanda-tanda kebahagiaan dan memperolehi jiran yang jahat dan tidak baik termasuk tanda keburukkan dan derita.
Rasulullah bersabda:
“Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” - hadith sahih riwayat Ibn Hibban

Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)